Tuesday, June 30, 2009
10 PENYELEWENGAN BESAR DALAM KES ANWAR
Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar Ibrahim belum di dakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan dalam perjalanan kes ini. Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes Anwar.
.
1. Laporan Pengadu enggan diserahkan
Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis. Tanpa laporan pengadu, orang yang tertuduh sukar membela diri kerana apa yang didakwa pun tentulah tidak jelas. Pengalaman penulis memohon laporan polis bagi membela anak guam membuatkan penulis hairan kerana penulis pernah beberapa kali mendapat laporan pengadu pada pagi yang sama penulis memohon. Kenyataan Hamid Albar bahawa laporan enggan diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal kerana masyarakat maklum Anwar telah ditahan oleh polis, keterangannya telah diambil dan beliau perlu membela diri dan reputasinya. Ini meyakinkan masyarakat bahawa laporan polis belum ada dan perbincangan sedang dibuat berhubung inti laporan tersebut untuk mendapatkan tarikh dakwaan yang paling sesuai.
+/- Baca Lagi..
Monday, June 22, 2009
Dia,Rajawali Yang Berani
RAJAWALI
(Dari Lanai Lestari)
sebuah sangkar besi
tidak bisa mengubah rajawali
menjadi seekor burung nuri
rajawali adalah pacar langit
dan di dalam sangkar besi
rajawali merasa pasti
bahwa langit akan selalu menanti
langit tanpa rajawali adalah keluasan
dan kebebasan tanpa sukma
tujuh langit, tujuh rajawali
tujuh cakrawala, tujuh pengembara
+/- Baca Lagi.....
rajawali terbang tinggi memasuki sepi
memandang dunia
rajawali di sangkar besi
duduk bertapa
mengolah hidupnya
hidup adalah merjan-merjan kemungkinan
yang terjadi dari keringat matahari
tanpa kemantapan hati rajawali
mata kita hanya melihat fatamorgana
rajawali terbang tinggi membelah langit dengan setia
dan ia akan mematuk kedua matamu
wahai, kamu, pencemar langit yang durhaka
Puisi ditulis oleh W.S Rendra untuk Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Tanggal 1.7.2009 akan bermula suatu lagi sandiwara ciptaan UMNO/BN terhadap Sdr.Anwar Ibrahim.Perbicaraan kes pendakwaan tuduhan liwat buat kesekiankalinya dihadapkan kepada Anwar.Kali ini yang munkin berbeda adalah pengadunya,kalau dulu Azizan Abu Bakar kali ini Saiful Bukhari Azlan.
Manakala para dalangnya,mereka-mereka yang dulu juga;para Dewa kekuasaan di atas sana akan berterusan mengaburi mata rakyat bahawa kebenaran adalah seperti yang mereka inginkan.
Saya yakin sebagaimana keyakinan yang terpahat sejak sedekad yang lalu,bahawa pertuduhan ini tidak lebih rekayasa para Dewa kekuasaan yang takut,bimbang dan bacul akan keboborokan yang telah mereka cipta selama ini akan terungkai dek kerana seorang Anwar.Dan saya tetap yakin bahawa seperti sedekad yang lalu,rakyat tidak akan terperdaya dan dibuai oleh muslihat Najib,Musa Hasan,Gani Patail dan para cukong mereka.
Bukankah bukti jelas terbentang dihadapan mata?Seperti kes terdahulu bagaimana keterangan di manipulasi sebegitu rupa-dari laporan Pakar Perubatan sehinggalah bagaimana Azizan Abu Bakar mengaku yang dia tidak pernah di 'anu'kan tatkala di soal oleh Allahyarhan Christopher Fernando (keterangan ini dengan perintah Hakim dibuang dari rekod) dan 1001 lowongan lainnya,maka yang ada pada hari ini juga sedemikian rupa.
Laporan Perubatan dari PUSRAWI mahupun Laporan Pakar Perubatan HKL yang dirujuk oleh Polis dengan jelas,nyata,prima facie dan beyond reasonable doubt jelas menunjukkan tidak ada sebarang kesan-kerosakan-koyakan-kehancuran pada batangtubuh sipengadu,Saiful!Pun begitu,jika Sdr.Anwar sekadar warga biasa,saya percaya tidak akan ada pertuduhan dilemparkan kepada beliau.
Malangnya Anwar adalah Anwar.Pemimpin bangsa dan Sang Pemula yang punya keterampilan,bobot dan pencinta rakyat.Maka kerana Anwar adalah Anwar yang bisa menggugat kekuasaan para Dewa dan para cukong maka seorang Anwar ini perlu ditangani dengan segala fitnah,konspirasi dan pertuduhan yang direkacipta.
Kerana Anwar adalah Anwar yang rakyat dekat dihatinya dan rakyat juga disisinya bukan kerana watak yang dihidupkan oleh media songsang atau di dukung oleh alat kekuasaan negara tetapi tautan kerana rakyat inginkan keadilan,inginkan harakat dan maruah sebagai warga merdeka,inginkan demokrasi subur dan negara tanpa penindasan,rasuah dan salahguna kuasa maka para Dewa yang berjiwa kerdil melihat manusia Anwar Ibrahim ini suatu ancaman terhadap kekuasaan yang dibina diatas kebejatan dan diatas tangisratap rakyat.
Kerana Anwar adalah Anwar yang peduli rakyat,yang berjuang untuk rakyat dan bergelut untuk membebaskan warga dari rantai yang membelit sekian lama,maka Anwar perlu disisihkan,perlu diketepikan,perlu dimatikan karier politiknya (political assination) dan perlu diamankan biar kembali mendekam dalam penjara.
Dan inilah citra politik haprak,kotor,jijik,penuh dendam kesumat dan diluar dari norma etika mahupun tuntutan agama.Akan apakah yang mahu dihidangkan kepada generasi jika layaknya tingkah sebegini yang ingin diwarisi kepada mereka?Apakah yang ingin diteladani kepada para pewaris kepimpinan bangsa bahawa demi kekuasaan dan takhta maka apa sahaja kaedah cara walaupun dengan fitnah dan diluar dari garis agama boleh sahaja dihalalkan?
Apa yang berlaku kepada Anwar adalah manifestasi betapa buruknya wajah-wajah pelaku dan Dewa politik pimpinan UMNO/BN.Rakyat berhak bertanya,sebagaimana rakyat bertanya 10 tahun yang lalu,jika sebegini layanan terhadap Anwar Ibrahim,pemimpin bangsa,mantan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO,bagaimanakah pula nasib rakyat kecil seperti kami?
Pun begitu jika mereka beranggapan fitnah jahat dan konspirasi terhadap Anwar kali ini akan melunturkan semangat rakyat menuntut perubahan,jelas mereka mengulangi kesilapan yang sama seperti 10 tahun lalu.Rakyat sudah matang dan bijak,bukan lagi boleh dibuai dengan retorika pemimpin atau menelan bulat-bulat sabda para Dewa;dan rakyat tentunya tidak akan sekadar berpeluktubuh melihat fitnah,konspirasi dan kebejatan bermaharajalela kerana keadilan bukan sekadar mimpi indah dihujung pelangi tetapi hak yang ditentukan oleh Ilahi.
Maka,kepada para Dewa dan sang penguasa,dengarkanlah,RAJAWALI itu tidak akan dibiar terbang bersendirian dan luka RAJAWALI adalah kedukaan rakyat.Tidak ada tembokbenteng yang dapat menghalang arus apabila rakyat benar-benar murka.
-catatan pinggir,DenPasar,22 juni 2009
Apabila usul ditolak tanpa ditimbang suara dibungkam kritik dilarang tanpa alasan dituduh subversif dan mengganggu keamanan maka hanya ada satu kata: lawan!
(Peringatan Solo,1986)
Friday, May 29, 2009
Pilihan Raya Tanpa BN?
mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang. Alasan agak melucukan di tambah lagi BN tidak akan bertanding di Dun Penanti ini maka kita tunggu ada lagi tak Kunjungan Bas rombongan seperti yg selalu terjadi sebelum ni yang di kaitkan dengan pengundi hantu(utk BN). Semua pengundi dan penyokong BN tidak akan turun padang juga di sebabkan BN tidak bertanding. Ia amat melucukan saya. apa pun kita tunggu dan lihat apa akan berlaku esok..Semoga kemenangan berpihak pada PKR dan seterusnya berjaya hingga ke akar umbi.. Hidup PKR.
Thursday, May 28, 2009
Kemelut Melanda Negeri Perak
Saya amat sedih dengan pengumuman Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah. Seolah-olah mahkamah sudah
+/- Baca Lagi..
tiada makna kerana saling mengubah dan terubah keputusan hari demi hari. Justeru itu kebenaran ada di luar sana, menunggu masa untuk kita mengetahui apakah hakikat sebenar yg berlaku di Perak. Bersama-sama kita berdoa agar Perak sentiasa aman dan sentosa...
Monday, May 11, 2009
Kerakusan dan terdesaknya kerajaan kudeta Umno-BN di Perak
satu dunia melihat betapa rakus dan terdesaknya kerajaan kudeta Umno-BN di Perak!
Tuesday, February 3, 2009
Zaman Ugut Mengugut (Politik)
Melalui Surat Akuan Ketua Bahagian PKR Ipoh Barat Jelas
menunjukkan bahawa masih wujud dan memang wujud rasuah politik di kalangan
Orang-orang besar kerajaan di bawah pimpinan UMNO-BN.
Apakah ini adalah contoh terbaik sebagai seorang pemimpin
yg bakal akan memimpin negara membangun seperti MALAYSIA?
Sedarlah Najib Altantuya!
Untuk Paparkan surat sila ke : http://anwaribrahimblog.com/wp-content/uploads/2009/02/surat-akuan-fauzi-muda.pdf
Sunday, February 1, 2009
Yang Hilang Dan Dihilangkan
Oleh Hishamuddin Rais
“One should ask Najib on where the two PKR excos from Perak are, and also about Bala. After all, he is an expert in handling missing persons,” Anwar, the Permatang Pauh parliamentarian, told newsmen after meeting six Perak PKR assemblypersons for an hour in a closed-door session at Yayasan Aman complex in Penanti, Penang mainland. - MalaysiaKini
Balasubramaniam telah hilang tahun lalu, sehari sesudah dia membuat Pengakuan Bersumpah.
Hingga ke hari ini tidak ada khabar berita tentang Bala. Kehilangan Bala ada sangkut paut dengan pembunuhan gadis cun Altantuya Shaaribu dari Mongolia. Pembunuhan Altantuya ini juga bersabit dengan Razak Baginda. Razak Baginda ialah ‘jurifikir’ Najib Razak.
Pengakuan Bersumpah Bala menerangkan bahawa Najib Razak ialah kekasih awal Altantuya – sebelum gadis cun ini menjadi ‘kekasih’ Razak Baginda. Justeru pertalian ini menjadikan umum mempercayai bahawa kehilangan Bala ada bersangkut paut dengan Najib Razak.
Justeru apabila dua Adun PKR yang menghadapi tuduhan rasuah di Perak hilang maka Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang telah meminta para wartawan pergi bertanyakan hal ‘hilang’ ini kepada Najib Razak. Menurut Anwar Ibrahim Najib ialah ‘juru hilang’.
Belum pun sempat wartawan menemui Najib – dua orang wakil-wakil rakyat dari Perak yang ‘hilang’ ini telah di beritakan akan berhenti dari menjadi wakil rakyat. Tuan Speaker Dewan Undangan Perak telah menyatakan bahawa beliau telah menerima fax dimana dua orang wakil rakyat ini akan berhenti.
Surat berhenti dari menjadi wakil rakyat ini telah di tanda tangani pada bulan Mac dahulu. Ini ketika wakil-wakil rakyat ini baru saja di lantik menjadi wakil rakyat. Jadi TIDAK MASUK AKAL jika tiga atau empat hari sesudah menjadi YB mereka didesak atau dipakasa untuk membuat surat berhenti ini.
Tiga empat hari sesudah menjadi YB pastilah mereka tersenyum hingga koyak ke telinga. Justeru kenyataan yang mengatakan mereka ‘dipaksa’ untuk membuat surat ini akan menjadi ‘ lawak bodoh senario’ kerana tidak masuk akal.
Hakikatnya dua orang wakil rakyat ini telah berhenti.
Hakikatnya perlu diadakan pilihanraya kecil untuk kerusi yang telah dikosongkan.
Tidak perlu ada ooook. Tidak perlu ada eeeek. Mereka telah berhenti. Maka dua kerusi - di Behrang dan Changkat Jering telah kosong. Pilihanraya kecil wajib dijalankan 60 dari tarikh pemberhentian itu. Ooook ooook dan eeek eeek ini hanyalah alasan.
Parti politik – Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional – tidak perlu berdolak dalik lagi. Kerusi kosong wajib di isi. Pilihanraya kecil wajib dijalankan.
Mana–mana parti politik yang berdolak dalik tidak mahu pilihanraya kecil di adakan maka akan terbukti bahawa parti ini TIDAK ada keyakinan untuk menang.
Parti yang takut untuk menyokong pilihanraya kecil adalah parti yang sedar bahawa mereka TIDAK lagi mendapat sokongan rakyat.
Jika Pakatan Rakyat tidak mahu mengadakan pilihanrya kecil maka ertinya Pakatan sedar bahawa mereka tidak ada sokongan orang ramai.
Jika Barisan Nasional tidak mahu mengadakan pilihanraya kecil ertinya Barisan Nasional sedar bahawa mereka tidak ada sokongan orang ramai.
Kerana TAKUT kalah maka mereka akan beroook dan bereeek.
Langkah paling terbaik ialah membubarkan dewan negeri Perak dan mengadakan satu pilihanraya untuk negeri Perak. Kita lihat siapa yang akan mendapat sokongan rakyat.
Najib Razak tidak perlu berkek kok dan berkuntau lidah untuk mengelakkan diri dari pilihanraya kecil atau pilihan raya Dewan Undangan Perak. Wakil-wakil rakyat tidak perlu lari larau atau dihilangkan macam Balasubramaniam. Tugas wakil rakyat bukan untuk ‘hilang bercuti’ ke Pekan. Tugas wakil rakyat ialah mewakili rakyat dalam Dewan Undangan.
Orang ramai semuanya menunggu pilihanraya kecil atau pilihanraya untuk semua kerusi negeri Perak.
Di sunting Dari:-
www.anwaribrahimblog.com
Kita tunggu dan lihat Pilihan Raya Kecil Bahagian Perak. Yang mana Rakyat pilih Umno-Bn atau PR.
Saturday, January 31, 2009
A.Kugan mati dalam lokap : Polis mengkelentong, Peguam Negara pecah lobang
S.Kuhan, 23 tahun yang mati dalam tahanan Polis di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya.....kini kematian nya mula di pertikaikan
Mangsa ditahan kerana menjadi suspek curi kereta.
DUA Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, K. Devamany dan T. Murugiah telah bergegas ke bilik mayat untuk melihat sendiri keadaan mayat...........
tapi dek kerana "kekejaman" yang harus dilindungi dua timbalan menteri itu dipanggil oleh anjing - anjing polis untuk beri keterangan atas dakwaan 'menceroboh bilik mayat...
ini kerana gambar - gambar yang tersiar dalam thread saudara nicco menunjukan bahawa mendiang telah disiksa dalam tahanan.....
Tapi bila dah jadi macam tu.......Ketua Polis selangor Datuk Khalid Abu Bakar yang mana merangkap sebagai 'Anjing Besar' telah pun "mengkelentong" para wartawan atas nama "kezaliman yang harus dilindungi" dengan memberitahu.....
"mangsa mati kerana 'penyakit paru - paru berair'. Berdasarkan kenyataan Ketua Polis Selangor mangsa mati mengejut selepas diberi minum air"
kah........kah....kah.....punya la bangang sape yang percaya seseorang tu mati pasal kena paru - paru berair lepas minum air ,pasal aku pun minum air gak(siap campur ngan BRANDY lagi), check doktor tengok takde pun kena Paru - paru berair...
Pas tu kata Mendiang ni ada ASMA, ASMA punya pasal lepas minum air dia terus 'kojol' Woitt......kalau nak kelentong pun cari "statement" penipu yang logik sket.....
kalau nak menipu belajar la dengan "pak man telo" ataupun Tan Sri Rashid......
Tapi walau apa pun bangkai gajah atau Dinosaur tak boleh ditutup,ini kan pulak bangkai mayat Altantuya.......ish...ish...ish Nauzubillah min zalik.....Hanya BALA dan NALAKARUPPAN saja yang tahu.......
Peguam Negara pun surrender dan bagi kenyataan yang mana mendiang di bunuh ini mengikut keterangannya dalam Utusan Merapu dan Berita Hairan hari ini di petik sebagai.......
KEMATIAN A KUGAN KES BUNUH – PEGUAM NEGARA - bernama
23/01/2009 5:08am
PUTRAJAYA 23 Jan. – Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini mengklasifikasi kes kematian A. Kugan sebagai kes bunuh...
LSS : Skang citer sapa yang betul? peguam negara atau polis selangor? Habis lah....dah pecah lobang dah.....kena buat suruhanjaya bebas nih kalo nak siasat............
SEBUAH NEGARA ZIONIS?
Negara ini di tubuhkan oleh kuasa kolonial British. Negara ini adalah bekas tanah jajahan British. Parti politik yang berkuasa dalam negara ini pada awalnya menentang British tetapi kemudian bekerjasama dan bersekongkol dengan British.British dan kaum Zionis ini telah membunuh, menangkap , memenjara dan menghalau keluar sesiapa sahaja yang menentang negara baru ini. Akhirnya kuasa kolonial British telah memberikan kemerdekaan. Semua ini berlaku sesudah tamatnya perang dunia ke dua.Zionisma ialah satu fahaman perkauman – hegemoni satu bangsa. Zionisma membawa fahaman rasis yang percaya hanya bangsa mereka sahaja yang betul. Bangsa-bangsa lain adalah salah. Bangsa-bangsa lain akan dianggap bangsa kelas ke dua. Malah jika ada bangsa lain yang tinggal dalam negara mereka, bangsa asing ini wajib tunduk kepada kuasa politik hegemoni perkauaman. Zionisma adalah politik hegemoni satu bangsa.Jika ada sesiapa yang berani mengkeritik negara hegemoni satu bangsa dan satu agama ini mereka akan dianggap musuh. Jika mereka dianggap musuh maka mereka boleh di penjara. Undang-undang kolonial British membolehkan warga di penjara tanpa bicara. Banyak penentang fahaman perkauman dan hegemoni satu bangsa ini telah di penjara. Ada yang berbelas-belas tahun. Ada yang telah digantung mati.Negara Zionis ini sentiasa menggunakan AGENDA KESELAMATAN sebagai dasar utama dalam negara. Sesiapa yang cuba mengkritik negara hegemoni satu bangsa akan di anggap mengancam keselamatan. Apa sahaja yang cuba dilakukan oleh warga jika di tafsir bertentangan dengan fahaman hegemoni satu bangsa ini akan di anggap mengancam keselamatan negara.Justeru jika ada tiga warga yang berkumpul mereka akan dianggap bahaya dan mengancam keselamatan negara.
Ini kerana negara Zionis ini semenjak zaman British sentiasa dalam kedaaan perang. Walau pun telah lama merdeka undang-udang perang British ini masih terus berjalan. Berkumpul secara aman tidak dibenarkan dalam negara Zionis. Ini akan dianggap memporak perandakan keselamatan awam. Semua perhimpunan akan di anggap perhimpuan haram – hanya parti Zionis dan penyokong-penyokong mereka sahaja yang boleh berkumpul dan berhimpun. Jika ada perhimpunan berlaku walau pun dengan aman, jentera daulah – polis dan pencegah rusuhan – akan datang mengancam. Penangkapan terhadap perhimpuan aman adalah satu yang biasa berlaku dalam negara Zionis ini. Simbahan air asid adalah satu yang biasa kelihatan dalam negara Zionis. Peluru hidup juga digunakan untuk menembak dan menakutkan mereka yang berkumpul.Bala tentera kaum Zionis hanya dipilih dari satu bangsa sahaja. Bangsa lain tidak akan dibenarkan memasuki bala tentera negara ini. Polis mereka juga dari satu bangsa.Mukhabarat - polis rashia - mereka mungkin ada bangsa-bangsa lain. Ini kerana mereka ingin menyamar masuk ke dalam masyarakat bangsa-bangsa lain untuk merisek.Kekuatan negara Zionis ini bergantung kuat dengan polis-polis rashia. Mukhabarat Zionis ini ada di merata tempat. Dalam universiti, dalam masjid, di perhentian bas malah dimana-mana tempat awam akan kelihatan mukhabarat ini berkeliaran. Mereka menyamar sebagai orang biasa untuk mengutip maklumat jika ada sesiapa yang berani bersuara menentang hegemoni satu bangsa.Negara hegemoni satu bangsa ini memiliki parlimen dan mengakui sebuah negara demokrasi berbanding dengan negara-negara lain.
Zionis mengusir dan menindas tanpa belas kasihan
Tetapi parlimen negara ini tidak pernah berusaha untuk melupuskan undang-undang perang yang diwarisi dari zaman kolonial British dahulu. Undang-undang perang ini sentiasa ada dalam negara ini. Negara ini sentiasa dalam keadaan berperang.Selain dari menganggap bahawa bangsa mereka sahaja yang betul – fahaman Zionisma juga menganggap agama lain adalah salah. Agama mereka adalah agama pilihan tuhan. Kitab-kitab suci orang lain dianggap tidak betul. Hanya kitab suci dan agama mereka sahaja yang membawa jalan ke syurga. Agama lain adalah ajaran sesat yang membawa ke neraka.Negara Zionis ini mendapat sokongan ketenteraan dari negara-negara luar. Negara Zionis ini membeli berbilion-bilion ringgit peralatan senjata dari Amerika, Britain, Russia dan Peranchis. Kereta kebal, kapal terbang jet, kapal selam, senapang, pistol, gas pemedih mata, asid anti- rusuhan - semua alat persenjataan ini di bekalkan oleh negara luar. Semua senjata ini di beli kerana kaum Zionis tahu bahawa inilah satu-satu cara untuk mereka terus berkuasa.Akhir-akhir ini kaum Zionis ini telah mula membuat alat-alat senjata sendiri. Semua ini dibuat kerana negara Zionis ini masih terus menerus dalam keadaan perang.Salah satu sifat kaum Zionis yang amat menonjol ialah merampas tanah-tanah. Perampasan tanah-tanah ini terus menerus berlaku. Tahun demi tahun tanah akan di rampas. Tanah-tanah yang dirampas adalah tanah-tanah asli yang telah di teroka beratus-ratus tahun oleh penduduk tempatan. Ada tanah pertanian yang di rampas. Ada tanah perkampongan asli yang telah di rampas.
Zionis pun serang perhimpunan aman
Kaum Zionis akan memberi alasan keselamatan jika mereka ingin merampas tanah. Pembangunan juga akan di jadikan alasan. Mendirikan empangan air , membuat jalan raya atau mendirikan penempatan bandar-bandar baru sering menjadi alasan untuk merampas tanah.Pada awalnya undang-undang akan digunakan untuk merampas tanah-tanah ini. Jika gagal maka jentera polis dan tentera akan di bawa untuk merampas tanah peneroka. Polis-polis rashia akan mengancam. Ada tuan tanah yang akan dibeli. Jika gagal di beli maka tuan empunya tanah akan di ancam. Jika ancaman tidak berjaya maka akan berlaku tangkapan.Tanah- tanah yang di rampas ini akan di berikan kepada penyokong kaum Zionis. Tanah- tanah pertanian subur yang telah di rampas ini akan di berikan kepada syarikat-syarikat yang menyokong fahaman hegemoni satu bangsa. Tuan-tuan pemilik tanah yang telah dirampas ini akan memberikan sokongan dana kepada kaum Zionis. Hotel-hotel, kondo dan apartmen mewah akan di dirikan di atas tanas yang telah di rampas.Kaum Zionis akan melakukan diskriminasi terhadap bangsa-bangsa lain.
inikah sikap Zionis?
Kaum Zionis mengamalkan diskriminasi untuk memastikan kuasa politik dan ekonomi terus di tangan mereka. Segala macam undang-undang akan diluluskan untuk memastikan hegemoni satu bangsa ini berterusan.Kaum Zionis tidak akan mempedulikan pandangan masyarakat antarabangsa. Resolusi-resolusi badan-badan antrabangsa tidak di endahkan. Badan-bandan dunia diperlekehkan. Di dalam negara hanya pandangan yang bersetuju dengan politik Zionisma sahaja yang di benarkan. Jika ada kritikan yang muncul dari akhbar luar negara maka suara-suara ini akan dianggap benci kepada budaya bangsa kaum Zionis.Kaum Zionis akan menuduh warga yang menentang hegemoni satu bangsa sebagai warga yang tidak patriotik, ajen negara asing atau telah keluar dari agama suci mereka dan mengikut ajaran sesat. Justeru itu negara Zionis ini mewajibkan warganya menggunakan kad pengenalan. Dalam kad pengenalan ini akan di letakan agama dan bangsa. Ini untuk memastikan kesucian bangsa mereka.( Kita tidak perlu ke Gaza untuk melihat keganasan Zionis. Kita tidak perlu ke Tel Aviv untuk memahami Zionisma. Kita tidak perlu ke Jenin, Hebron untuk melihat tanah-tanah di rampas. Kita tidak perlu melihat Haram–al-Sharif untuk melihat tempat ibadat di runtuhkan. Kita tidak pergi ke Nablus untuk melihat rumah-rumah di runtuhkan. Kita tidak perlu melihat Ariel Sharon yang terlibat dalam pembunuhan.Kita lihat Tasek Utara, Kampong Chu Badak, Kampong Berembang, tanah-tanah orang asli di Sabah dan Serawak yang dirampas. Kita lihat berapa banyak kuil Hindu yang telah dimusnah.
Tidakkah ia jua satu kezaliman yang sama dengan Zionis?
Masjid dan surau yang telah diruntuhkan. Berapa buah gereja Orang Asal yang telah diruntuhkan. Kita lihat bagaimana keterlibatan Najib Razak dalam kes pembunuhan Altantuya – ini tidak ada bezanya dengan pembunuhan Abu Jihad. Bukan Tzipi Livni Menteri Luar Israel sahaja yang mengahalau keluar pengkritiknya , Syed Hamid Menteri Luar Malaysia baru sahaja berkata sesiapa yang tidak suka kepada undang-undang negara ini sila tinggalkan negara ini.Peluru hidup menembak penunjuk perasaan bukan hanya di Baitulmukadis tetapi di Memali dan Batu Buruk. Bukan Shin Bet sahaja yang mengintip di Birzeit University – Polis Cawangan Khas juga mengintip di semua universiti di Malaysia.Jangan terlupa Bilik Rahsia tahanan ISA tidak ada bezanya dengan yang di tahan di Facility 1391 di Israel.)Jangan hanya menyokong yang jauh tetapi lupa yang di hadapan mata. Zionisma bukan hanya orang Yahudi. Zionisma adalah fahaman politik hegemoni satu bangsa dan satu agama. Zionisma adalah semua kerajaan zalim yang menindas warganya.
Laknat kerajaan boneka ZIONIS !!!!
TAKBIRR.......
ALLAH HU AKBAR !!!!!!
Di Petik Dari : http://pejuangpro-demokrasi.blogspot.com/2009/01/sebuah-negara-zionis.html
2. Anwar ditangkap sebelum tempoh
Adalah sesuatu yang cukup memalukan apabila pihak polis memungkiri janji dan menangkap Anwar sebelum tempoh yang diberikan tamat. Tempoh diberi sehingga pukul 2 petang tetapi Anwar ditangkap sekitar pukul 1 petang. Mungkin polis terbawa-bawa sikap Pak Lah yang kerap membuat kenyataan palsu.
3. Anwar disabitkan bersalah sebelum dibicarakan
Apabila Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya. Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah. Pada masa yang sama, apabila Pak Lah diminta mengulas berhubung dakwaan ke atas najib dan Rosmah, Pak Lah dengan segera menyatakan bahawa Pak Lah berkeyakinan penuh bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah. Jika Mahathir dikaitkan dengan konspirasi perlantikan hakim, pak Lah selangkah ke hadapan dengan melantik dirinya sebagai hakim tidak rasmi.
4. DNA baru Anwar diminta oleh Pak Lah dan Khairi.
DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu. Tindakan Khairi dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka. Apabila Anwar mendedahkan perkara ini di dalam muka depan Suara Keadilan, Pak LAh dan Khairi diam membisu. Kalau anak dara yang diam, ini bermakna anak dara tersebut setuju dengan pinangan. Justeru, diamnya Pak LAh dan Khairi seakan mengiyakan persepsi masyarakat bahawa inilah tujuannya.
5. Laporan Pusrawi
Perlu diakui bahawa laporan Pusrawi sebelum ini bukanlah laporan rasmi bagi kes Anwar. Meskipun begitu, fakta bahawa seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar kes liwat, telah melihat lubang punggung Saiful dan tiada sebarang kesan koyakan atau apa-apa tanda diliwat adalah relevan. Meminjam istilah yang selalu digunakan di dalam kes-kes berkaitan Puspakom, pemeriksaan yang dibuat adalah pemeriksaan mata kasar. Meskipun begitu, ianya tetap relevan dan keterangan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah. Pejabat Peguam Negara selama ini tidak membuat pendakwaan melainkan yakin dengan tahap 90% bahawa tertuduh memang bersalah dan bukti-bukti yang ada benar-benar kuat.
6. Bukti alibi Anwar memadai
Kepincangan dalam kes ini semakin menjadi-jadi apabila pihak polis berkeras meminta DNA baru Anwar sedangkan bukti alibi Anwar tidak dikaji. Sepatutnya, polis menyerahkan laporan Saiful kepada Anwar supaya Anwar boleh membela diri dengan menjelaskan di mana Anwar berada pada tarikh yang didakwa Saiful berlaku liwat tersebut. Seterusnya, alibi Anwar perlu disiasat. Sebagai contoh, Antihusam (blogger UMNO) mendakwa punggungnya telah saya liwat pada pukul 11 malam , 20 Julai 2008 di Hotel Sunway. Saya akan memaklumkan bukti alibi saya pada waktu itu. Contohnya, saya menyatakan bahawa pada waktu tersebut, saya menghadiri ceramah Ustaz Hadi di markas Pas. Terdapat lebih 20 kawan saya yang boleh membuktikan kehadiran saya. Justeru, mustahil saya meliwat Antihusam. Apabila pihak polis selesai menyoal alibi-alibi saya dan berpuas hati bahawa saya mustahil meliwat Antihusam, siasatan patut ditamatkan. Begitulah juga dalam kes Anwar. Tindakan pihak polis yang beria-ia mahukan DNA baru Anwar kelihatan senada dengan Pak Lah dan Khairi.
7. Pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara
UMNO ke sana ke sini membuat kenyataan bahawa kes Anwar tidak akan diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana Peguam Negara sendiri sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dibuat oleh Anwar. Pendakwaan, jika jadi, akan dibuat oleh Peguam Cara Negara. Masyarakat sedia maklum bahawa pendakwaan masih akan diteruskan oleh Pejabat Peguam Negara sekalipun diketuai oleh Peguam Cara Negara. Adalah pelik bin ajaib untuk mendakwa Pejabat Peguam Negara tidak akan dipengaruhi oleh Peguam Negara. Nama pun Pejabat Peguam Negara.
8. Laporan HKL
Timbul isu terbaru bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat. Ini menunjukkan Saiful tidak ikhlas membantu BN. Sekiranya Saiful komited membantu BN, Saiful sepatutnya pergi ke Lorong Haji Taib dan menyuruh pondan-pondan di situ meliwatnya beberapa kali agar kesan liwat ketara. Ini menunjukkan perancangan lemah BN dan ketidak ikhlasan Saiful dalam membantu BN.
9. Isu motif dan tujuan
Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum saiful membuat laporan polis. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO. Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liway yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang.
10. Terlampau banyak percanggahan fakta kes oleh BN
Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful. Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa. Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa. Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat.
Saiful pula mulanya mendakwa diliwat pada 26 haribulan di sebuah kondo di Malaysia. Apabila Anwar kelihatan mempunyai bukti alibi yang kukuh, saiful menjadi terdesak. Kemudian, Saiful menyatakan pula bahawa dia telah 3 kali menemani rombongan Anwar ke luar negara dengan memberi “hint” bahawa dia kononnya telah diliwat-liwat di luar negara beberapa kali. Ini menimbulkan pelbagai tanda Tanya. Mengapa seorang lelaki yang kelihatan tinggi dan sihat seperti Saiful membiarkan dirinya diliwat-liwat beberapa kali dan terus menemani Anwar ke mana saja. Sebagai contoh, jika saya diliwat oleh sesiapa, saya akan trauma dan akan segera menjauhkan diri dari orang tersebut.
Selain itu, Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.
Saiful juga seorang lelaki. Tidak semudah itu hendak menembusi lubang punggung seorang lelaki. Asalkan saiful mengeraskan punggungnya, mustahil Anwar dapat meliwatnya. Sekiranya Saiful benar-benar hendak diliwat, dua atau tiga orang lelaki gagah diperlukan untuk memegang Saiful dan lubang punggung saiful perlu disapu minyak terlebih dahulu sebelum diliwat. Sekiranya ini yang berlaku, mustahil Saiful akan terus mengikut Anwar ke sana sini sehinggalah menemani rombongan Anwar ke luar negara sebanyak 3 kali.
Sebagai kesimpulan, kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan.